Powered By Blogger

Wednesday, September 29, 2010

projek Tasik Banding, Grik

Setelah sekian lama geng LPC menyepi, akhirnya plan kelab kami kembali dengan cadangan ke LUBUK KELAH. lokasi yg berhampiran tasik banding, Grik. Mengikut tekong dan person in charge di dalam geng LPC ini, lokasi terletak jauh kedalam dari tasik banding. perjalanan memerlukan 4x4 dan berkemungkinan bot juga diperlukan. Geng LPC begitu teruja dan tidak sabar utk beraksi disana. Deepavali atau minggu seblumnya mungkin menjadi tarikh aktiviti ini. Insyallah kalau takde aral melintang kami akan update di dalam Blog LP Casting ini.

sekian,
terima kasih

Wednesday, June 16, 2010

LPC di Kuantan


LPC kali ini ke Kuantan. Trip yang diwakili oleh Pian, Omar, Paan, Yus, Kamal, Said dan Mus. Perjalanan pada hari jumaat malam dari Putrajaya agak menguji kesabaran akibat kesesakan lalu lintas dari tol Gombak sehingga la Genting Sempah. RnR Temerloh menjadi hentian Kopi O KAW untuk mencerahkan mata. Hentian Gambang menjadi tempat kami berehat dan melelapkan mata utk 1-2jam. Jam 5am, kami meneruskan perjalanan ke rumah Pak Hassan (tekong). Tepat jam 7 am kami bersiap utk ke destinasi utama. Lori yang dipandu oleh Pak Brahim (tekong 2) telah pun menunggu. Beg, khemah, pancing, jaring dan tong ikan dimuatkan ke bontot lori. Singgah dulu di kedai runcit Ramli bin Ali utk membeli barang² masakan dan di warung Pak Abu pekena Roti Canai + Teh Tarik.


Perjalanan untuk 19km pertama sungguh lancar tetapi 10km yg seterusnya bakal menguji mental dan fizikal kami. Jalan balak + lubang besar + absorber lori yang keras + tolak lori panjat bukit antara PAKEJ yang lengkap untuk mematahkan pinggang kami. 11am tiba di tepi empangan. Bot belum sampai. Terik mentari menjamah kulit² orang ‘Bandar’ yg GEBU². Hahaha..oleh kerana bot lambat sampai, kami Casting dulu. Panas laa..ikan main kat bawah. Buat melecet ketiak je ko casting. haaa…tu bot sampai. Atas bot 1 jam, mmg bahaya naik bot takde life jacket ni. Beberapa kali jugak bot senget langgar tunggul. Ngeri beb! Setibanya kat port camping, terus begegas kami ke lubuk yg jaraknya cuma 200m dari tapak perkhemahan. Umpan menggarau jenis Bakau, Yuzori, Abu Garcia mahupun CANDAT tidak langsung membuahkan hasil. Mungkin keadaan air yang agak keruh akibat hujan lebat malam tadi. Kami memancing dalam keadaan seram sejuk juga. Mana taknya, tapak MAYBANK aka Pak Belang masih basah di kawasan lumpur berhampiran tepi sungai. Bau hamis yang masih kuat menyebabkan kami tak stay lama di situ. Tanpa membuang masa, 3 jaring segera dipasang untuk lauk malam ni.


Di tapak perkhemahan, perkakasan dibawa turun. Kerjasama yang baik dari semua geng LPC mempercepatkan persiapan seperti khemah, canvas dan dapur. Malangnya tapak camping kurang selesa kesan aktiviti pembalakan. Hari semakin lewat petang, Tekong dan beberapa geng LPC pergi menjenguk jaring. Hasilnya, sudah mampu membuatkan kami tersenyum hingga ke telinga. Lampam dan Sebarau menjadi menu dinner kami. Selesai makan, kesemua kami kembali memancing. Kali ini tekong membawa kami ke lubuk Baung. Umpan TAPA dan Kelapa Sawit PERAM menjadi umpan parking kami. Bau yang sungguh dahsyat menusuk ke rongga hidung kami. PEHHHH!!! 3 hari tak hilang bau kalau mcm ni. Tetapi demi kepuasan memancing tangan diseluk juga kedalam balang yg berlendir. Dibiarkan 10 minit baung mula menelan umpan. Satu demi satu geng LPC tersenyum puas apabila baung tidak henti² mengena pancing. Lampam dan Sebarau juga tidak melepaskan peluang menjamu kelapa sawit kami. Keadaan semakin gelap, nyamuk dah start kerumun. Terpaksa berhenti walaupun keadaan tengah rancak.


Lewat tengah malam, perut lapar. Baung disiang, dibasuh, dikunyit dan digaram. Minyak yg cukup panas telah tersedia utk merenangkan baung hasil pancingan kami ke dalam kuali. Bangun!! Bangun!!...makan oii…PEHH..Nasi + Kicap + Budu + Cili Api + Baung!!! Leleh ooooo…Sekali hujan la pulak…khemah dah jadi swimming pool. Tapi Kamal tetap lena dibuai perasaan. 5 am Pak Hassan, Pian dan Paan pegi menjenguk jaring. Yus, Omar dan Said membaling pancing. Kat depan² je, meriah jugak rupanya. Tapi saiz Rivers Monster tak de la. Jam 8 am kami mula mengemas barang dan dimuatkan kedalam bot. Perjalanan balik tidak selancar yang dijangka. Kami terpaksa parking ditepi kawasan agak tenang.hehehe…bukan apa, cuma nak menghabiskan umpan je. Walaupun hanya untuk 30 minit, hasil tangkapan agak dahsyat. Selera betul Baung² ni dengan umpan Tapa. Licin umpan dikerjakan. Perjalanan ke lori diteruskan. Penyeksaan yang bakal dilalui oleh geng LPC utk perjalanan balik akan ditempuhi sekali lagi. 1 jam oo!! Adeyyy berderai la tulang. Jam 2am sampai ke rumah Pak Hassan. Lampam, Baung, Sebarau, Tilan dan beberapa jenis ikan yang kami tak kenal memenuhi Coleman. Ikan dibahagi² kan sama rata sambil isteri Pak Hassan mengambil 4-5 ekor baung utk dimasak. Sambil ternanti² apakah menu dari isteri Pak Hassan, kami membersihkan diri. Terasa sungguh segar apabila air Shower menyiram keseluruh tubuh sambil LUX disental dan Colgate yang si iktiraf oleh doktor² pergigian dimalaysia di gosok ke gigi. Jemput makan semua….wooo..ikan baung masak lemak tempoyak tuuu. Tanpa segan silu geng LPC mentekedarah tak hingat². Lepas makan, mata berat. Paan dan Said yang memandu kereta bergegas ajak pulang sebelum mata terlelap. Alhamdulillah, perjalanan balik ke Putrajaya lancar. Kami selamat sampai di putrajaya pada jam 9pm.

Terima kasih kepada Pak Hassan dan keluarga kerana sudi menerima kehadiran kami dengan layanan yang sungguh ceria. Pak Brahim juga sudi melayan kerenah orang² putrajaya yang Jakun² ni. Said yang telah berusaha menjayakan aktiviti LPC ini. Mus yang memberi cadangan sambil membakar semangat kami dengan klip video 3GP nya. Pian dengan persiapan umpan² yang sangat mujarab. Paan yang sudi membawa kereta Saga BLM nya dengan cermat dan berhati². Umar yang sentiasa menceriakan dengan membahan kenkawan. Kamal yang sudi dibahan KAW² dan Yus yang hebat, rajin, berusaha, bertanggungjawab, sopan santun, pemurah serta hormat orang tua.See u guys on the next trip


CHOW

Tuesday, June 8, 2010

LPC di Wetland Putrajaya




Lembaga Peperiksaan Casting atau lebih dikenali sebagai LPC yang diwakili oleh Pian, Omar, Paan dan Yus telah memulakan aktiviti pemanas badan 2010 di Wetland Putrajaya. Tempat ini telah lama dibuka untuk orang awam memancing. Bayaran yang dikenakan hanya RM20 dari dari 7am-7pm. Kemudahan sampan juga disediakan dengan bayaran RM20 untuk 4jam. Walaupun tempat memancing hanya didalam kawasan Putrajaya, tetapi suasana dan kehijauan sudah cukup memberikan kami seolah² jauh dari kesibukan Putrajaya.












































Tanpa membuang masa kami terus membaling umpan dengan teknik menggarau atau lebih dikenali sebagai Casting. Hampir satu jam Casting, tiada sambaran dari toman atau sebarau.Jadi kami menggunakan teknik Parking. Sudah tentulah anak ikan keli yang menjadi pilihan kerana target kami pada hari itu ada toman. 30 minit berlalu, masih tiada tanda² ikan mahu menjamah umpan keli tersebut. Jadi seorang dari pada kami mengambil keputusan untuk beralih ke pulau yg berhampiran. Baru sahaja Pian menaiki sampan, umpannya disambar oleh toman yang beratnya hampir 3kg. Kepuasan jelas terpancar diwajah Pian yang semakin hitam kulitnya dijamah terik mentari.

















































Selepas tangkapan dari pian, keadaan kembali sunyi. Tiada lagi sambaran dari toman. Mungkin disebabkan matahari yang agak terik menyebabkan ikan tidak bermain dipermukaan air. Jam menunjukkan 12pm. jadi kami berhenti mengambil Lunch sebelum sambung memancing pada 2pm. Kali ini dedak dibancuh untuk menarik perhatian ikan² seperti lampam, sebarau dan temoleh. Kekerapan sentapan dari ikan² ini agak memberangsang tetapi tiada satu pun ikan yang melebihi saiz tapak tangan.

Jam 4pm, cuaca agak mendung. Umpan keli kembali menjadi menu utama. Selang 20 minit sahaja loceng yang dipasang di joran Yus berbunyi. Keadaan menjadi kembali menjadi kecoh. Toman yang ditunggu telah mengena pancing. Hampir 10 minit bergelut, Toman sebesar 5kg berjaya didaratkan.









































Untuk aktiviti pemanas badan, LPC rasa berpuas hati dan sungguh mengujakan. Next trip dirancang rapi untuk aktiviti seterusnya.

CHOW