Powered By Blogger

Wednesday, June 16, 2010

LPC di Kuantan


LPC kali ini ke Kuantan. Trip yang diwakili oleh Pian, Omar, Paan, Yus, Kamal, Said dan Mus. Perjalanan pada hari jumaat malam dari Putrajaya agak menguji kesabaran akibat kesesakan lalu lintas dari tol Gombak sehingga la Genting Sempah. RnR Temerloh menjadi hentian Kopi O KAW untuk mencerahkan mata. Hentian Gambang menjadi tempat kami berehat dan melelapkan mata utk 1-2jam. Jam 5am, kami meneruskan perjalanan ke rumah Pak Hassan (tekong). Tepat jam 7 am kami bersiap utk ke destinasi utama. Lori yang dipandu oleh Pak Brahim (tekong 2) telah pun menunggu. Beg, khemah, pancing, jaring dan tong ikan dimuatkan ke bontot lori. Singgah dulu di kedai runcit Ramli bin Ali utk membeli barang² masakan dan di warung Pak Abu pekena Roti Canai + Teh Tarik.


Perjalanan untuk 19km pertama sungguh lancar tetapi 10km yg seterusnya bakal menguji mental dan fizikal kami. Jalan balak + lubang besar + absorber lori yang keras + tolak lori panjat bukit antara PAKEJ yang lengkap untuk mematahkan pinggang kami. 11am tiba di tepi empangan. Bot belum sampai. Terik mentari menjamah kulit² orang ‘Bandar’ yg GEBU². Hahaha..oleh kerana bot lambat sampai, kami Casting dulu. Panas laa..ikan main kat bawah. Buat melecet ketiak je ko casting. haaa…tu bot sampai. Atas bot 1 jam, mmg bahaya naik bot takde life jacket ni. Beberapa kali jugak bot senget langgar tunggul. Ngeri beb! Setibanya kat port camping, terus begegas kami ke lubuk yg jaraknya cuma 200m dari tapak perkhemahan. Umpan menggarau jenis Bakau, Yuzori, Abu Garcia mahupun CANDAT tidak langsung membuahkan hasil. Mungkin keadaan air yang agak keruh akibat hujan lebat malam tadi. Kami memancing dalam keadaan seram sejuk juga. Mana taknya, tapak MAYBANK aka Pak Belang masih basah di kawasan lumpur berhampiran tepi sungai. Bau hamis yang masih kuat menyebabkan kami tak stay lama di situ. Tanpa membuang masa, 3 jaring segera dipasang untuk lauk malam ni.


Di tapak perkhemahan, perkakasan dibawa turun. Kerjasama yang baik dari semua geng LPC mempercepatkan persiapan seperti khemah, canvas dan dapur. Malangnya tapak camping kurang selesa kesan aktiviti pembalakan. Hari semakin lewat petang, Tekong dan beberapa geng LPC pergi menjenguk jaring. Hasilnya, sudah mampu membuatkan kami tersenyum hingga ke telinga. Lampam dan Sebarau menjadi menu dinner kami. Selesai makan, kesemua kami kembali memancing. Kali ini tekong membawa kami ke lubuk Baung. Umpan TAPA dan Kelapa Sawit PERAM menjadi umpan parking kami. Bau yang sungguh dahsyat menusuk ke rongga hidung kami. PEHHHH!!! 3 hari tak hilang bau kalau mcm ni. Tetapi demi kepuasan memancing tangan diseluk juga kedalam balang yg berlendir. Dibiarkan 10 minit baung mula menelan umpan. Satu demi satu geng LPC tersenyum puas apabila baung tidak henti² mengena pancing. Lampam dan Sebarau juga tidak melepaskan peluang menjamu kelapa sawit kami. Keadaan semakin gelap, nyamuk dah start kerumun. Terpaksa berhenti walaupun keadaan tengah rancak.


Lewat tengah malam, perut lapar. Baung disiang, dibasuh, dikunyit dan digaram. Minyak yg cukup panas telah tersedia utk merenangkan baung hasil pancingan kami ke dalam kuali. Bangun!! Bangun!!...makan oii…PEHH..Nasi + Kicap + Budu + Cili Api + Baung!!! Leleh ooooo…Sekali hujan la pulak…khemah dah jadi swimming pool. Tapi Kamal tetap lena dibuai perasaan. 5 am Pak Hassan, Pian dan Paan pegi menjenguk jaring. Yus, Omar dan Said membaling pancing. Kat depan² je, meriah jugak rupanya. Tapi saiz Rivers Monster tak de la. Jam 8 am kami mula mengemas barang dan dimuatkan kedalam bot. Perjalanan balik tidak selancar yang dijangka. Kami terpaksa parking ditepi kawasan agak tenang.hehehe…bukan apa, cuma nak menghabiskan umpan je. Walaupun hanya untuk 30 minit, hasil tangkapan agak dahsyat. Selera betul Baung² ni dengan umpan Tapa. Licin umpan dikerjakan. Perjalanan ke lori diteruskan. Penyeksaan yang bakal dilalui oleh geng LPC utk perjalanan balik akan ditempuhi sekali lagi. 1 jam oo!! Adeyyy berderai la tulang. Jam 2am sampai ke rumah Pak Hassan. Lampam, Baung, Sebarau, Tilan dan beberapa jenis ikan yang kami tak kenal memenuhi Coleman. Ikan dibahagi² kan sama rata sambil isteri Pak Hassan mengambil 4-5 ekor baung utk dimasak. Sambil ternanti² apakah menu dari isteri Pak Hassan, kami membersihkan diri. Terasa sungguh segar apabila air Shower menyiram keseluruh tubuh sambil LUX disental dan Colgate yang si iktiraf oleh doktor² pergigian dimalaysia di gosok ke gigi. Jemput makan semua….wooo..ikan baung masak lemak tempoyak tuuu. Tanpa segan silu geng LPC mentekedarah tak hingat². Lepas makan, mata berat. Paan dan Said yang memandu kereta bergegas ajak pulang sebelum mata terlelap. Alhamdulillah, perjalanan balik ke Putrajaya lancar. Kami selamat sampai di putrajaya pada jam 9pm.

Terima kasih kepada Pak Hassan dan keluarga kerana sudi menerima kehadiran kami dengan layanan yang sungguh ceria. Pak Brahim juga sudi melayan kerenah orang² putrajaya yang Jakun² ni. Said yang telah berusaha menjayakan aktiviti LPC ini. Mus yang memberi cadangan sambil membakar semangat kami dengan klip video 3GP nya. Pian dengan persiapan umpan² yang sangat mujarab. Paan yang sudi membawa kereta Saga BLM nya dengan cermat dan berhati². Umar yang sentiasa menceriakan dengan membahan kenkawan. Kamal yang sudi dibahan KAW² dan Yus yang hebat, rajin, berusaha, bertanggungjawab, sopan santun, pemurah serta hormat orang tua.See u guys on the next trip


CHOW

No comments:

Post a Comment